MyWin/ May 31, 2017/ In The News/ 0 comments

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menjadikan dasar mengharamkan rokok di negara ini sebagai antara aspirasi penting dalam agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50). Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata aspirasi berkenaan dapat direalisasikan dengan kerjasama dan sokongan semua pihak berkaitan.

“Itu keputusan yang bakal kita buat (cadangan haram rokok). Mana-mana saya pergi, sokongan untuk tidak lagi jual rokok pada 2050 seperti Brunei, sangat menerima sokongan. “Perkara ini akan dikemukakan kepada kerajaan,” katanya ketika ditemui pada Sesi Dialog TN50: Wanita Pemacu Negara, di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri dan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid.

-Sumber dari Berita Harian Online

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>
*
*