TN50: Tiada rokok? (16 May 2017) - Utusan Online

MyWin/ May 30, 2017/ In The News

KUALA LUMPUR 15 Mei – Tiada lagi rokok akan dijual di Malaysia pada tahun 2050.

Itu merupakan antara satu cadangan yang diterima pada sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan bakal dibincangkan kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memberitahu, ke mana sahaja beliau pergi untuk program dialog, sokongan supaya Malaysia tidak menjual rokok seperti diaplikasikan di Brunei amat tinggi.

“Itu keputusan yang bakal dibuat. Jadi, kita perlu kemukakan kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Dialog TN50 bertajuk ‘Wanita Pemacu Negara’ di Akademi MyWin dekat sini hari ini.

-Sumber dari Utusan Online